April 20, 20213

[BM] Diabetes dan Luka Diabetes

Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh kepekatan gula dalam darah yang tinggi. Gula darah adalah merupakan sumber tenaga utama dan ia didapati daripada pengambilan makanan harian. Secara umumnya, ini menerangkan bahawa mengapa gula adalah penting untuk badan manusia. Diabetes Mellitus adalah jenis diabetes yang paling biasa didengari dan ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu Type 1 dan Type 2. Individu yang menghidap penyakit diabetes Type 1 mempunyai masalah dalam menghasilkan insulin, di mana diabetes Type 2 disebabkan oleh tiada tindak balas di antara insulin yang dihasilkan dengan gula yang terdapat di dalam darah.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bahawa 3.9 juta orang di Malaysia menghidap penyakit diabetes, iaitu bersamaan dengan 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia. Penyakit ini mempengaruhi kualiti hidup individu dan peratusan pesakit diabetes yang tinggi akan menjadikannya lebih teruk. Beberapa komorbiditi boleh terjadi sekiranya seseorang menghidap diabetes adalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, luka akibat diabetes, glaukoma, dan juga kegagalan buah pinggang. Penyakit diabetes yang ditambah pula dengan komorditi yang lain akan menyukarkan pesakit tersebut, terutama mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Peratusan pemulihan daripada penyakit diabetes adalah sangat rendah dan biasanya diabetes akan menjadi penyakit seumur hidup bagi seseorang individu.Pengambilan ubat secara berterusan adalah satu-satunya cara untuk mengawal kadar gula dalam darah. Orang yang menderita penyakit diabetes akan lebih mudah untuk mendapat luka diabetes pada anggota badan. Luka yang terdapat pada kulit pesakit diabetes memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan individu yang sihat. Peredaran darah di sekitar tempat luka penting untuk penyembuhan luka. Menurut sumber sains, individu yang menghidap penyakit diabetes mempunyai saluran darah yang sempit. Hal ini menyebabkan kandungan oksigen di bahagian luka berkurangan, oleh itu, tisu kulit akan lebih sukar untuk sembuh dengan lebih cepat.

Rajah 1 Luka pada Kaki

Pesakit diabetes mempunyai kulit yang lebih sensitif, oleh itu, adalah lebih mudah untuk mendapat luka di bahagian anggota badan seperti kaki dan paha. Luka diabetes akan menyebabkan individu berasa kurang selesa, oleh itu, ubat dan pembalut luka sangat diperlukan untuk membantu mereka dalam merawat luka tersebut.

Rajah 2 Semburan Perak untuk Pengurusan Luka

Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, perak memainkan peranan yang baik dalam merawat luka. Ia mengeringkan kulit dengan lebih cepat berbanding cecair iodin. Ia juga mampu membunuh kuman yang menjadikan nilai tambah pada fungsinya. Kuman boleh memasuki saluran darah dengan mudah melalui luka terbuka. Dengan menggunakan semburan perak, bukan hanya ia membantu mengeringkan luka dengan lebih cepat, tetapi ia juga digunakan untuk membunuh kuman sekitar kawasan luka agar jangkitan dapat dielakkan.

Rajah 3 Petikan oleh Jada Pinkett Smith

Petikan yang dinyatakan di atas oleh Jada Pinkett Smith mengingatkan kita untuk tidak mengambil ringan mengenai kesihatan tubuh badan. Kita mestilah sentiasa memastikan makanan yang diambil tidak melebihi keperluan tubuh badan. Makanan manis juga perlu dikurangkan dan diambil dalam kuantiti yang sederhana. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati!

Share

3 Comments

  1. Good information. Lucky me I discovered your website by accident (stumbleupon).

    I’ve bookmarked it for later!

  2. May 27, 2022

    This is very educational content and written well for a change. It’s nice to see that some people still understand how to write a quality post!

  3. Pioms
    July 11, 2022

    Great writings here are always and I really I like everything here.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *