December 30, 20200

[BM] Produk Anti-Bakteria. Adakah Ia Satu Keperluan?

Dalam era globalisasi ini, produk anti-bakteria telah dikeluarkan secara besar-besaran oleh syarikat-syarikat diseluruh dunia. Malangnya, masih terdapat sebilangan besar orang yang tidak tahu menahu akan kebaikan dan kelebihan menggunakan produk anti-bakteria. Bukan itu sahaja, banyak artikel yang membincangkan tentang kesan buruk penggunaan produk anti-bakteria daripada kelebihan penggunaannya kepada manusia. Oleh itu, mari kita sama-sama membincangkan dan mendalami tentang isu ini dengan lebih terperinci.

Sebelum kita mulakan, adakah anda tahu bahawa produk anti-bakteria memberikan banyak kebaikan kepada manusia? Ini adalah beberapa kelebihan yang boleh kita perolehi apabila menggunakan produk ini!

Antibacterial soaps 'doing more harm than good' | The New Daily

Rajah 1 Contoh Produk Anti-bakteria di Pasaran

Penggunaan produk anti-bakteria membantu mengurangkan risiko jangkitan. Ia memberi banyak manfaat jika digunakan oleh semua lapisan masyarakat, terutama sekali bagi individu yang selalu berhubungan secara fizikal dengan orang tua, individu yang bekerja di premis makanan, mereka yang dijangkiti organisma yang boleh ditular melalui hubungan secara fizikal dan banyak lagi. Oleh itu, penggunaan produk anti-bakteria pasti dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan daripada atau kepada golongan ini.

Selain itu, terdapat sebilangan artikel menyatakan bahawa penggunaan produk ini dapat menyumbang kepada peningkatan bakteria yang tahan terhadap antibiotik. Penyataan ini telah dibantah oleh beberapa organisasi kerana secara umumnya, produk ini telah wujud untuk jangka waktu yang lama dan kajian sebelum ini masih belum menunjukkan peningkatan jumlah bakteria tahan antibiotik yang disebabkan oleh penggunaan produk berkenaan. Bukan itu sahaja, penyelidikan sebelum ini juga menunjukkan bahawa penambahan bahan kimia ke dalam produk ini tidak akan mengganggu fungsi asal sistem manusia selain daripada ianya selamat digunakan untuk semua lapisan masyarakat.

Sebilangan besar artikel menyatakan bahawa unsur elemen yang mempunyai sifat anti-bakteria seperti triclosan berbahaya bagi manusia dan haiwan. Kita perlu ingat bahawa terdapat pelbagai unsur yang bersifat anti-bakteria, sebagai contoh perak. Aurora Health Co mengeluarkan produk anti-bakteria yang menggunakan nano silver untuk berfungsi sebagai pembasmi kuman.

 

Rajah 2 Pelbagai Produk “Rangkaian Perlindungan Lembut”

Sejak zaman dahulu lagi, sifat anti-bakteria perak membolehkannya digunakan secara meluas dalam mengawal jangkitan dan keberkesanannya telah terbukti dalam penyelidikan yang dilakukan sebelum ini. Bukan itu sahaja, kajian sebelum ini juga turut melaporkan bahawa penggunaan perak dalam produk kegunaan harian tidak akan memberi kesan buruk kepada manusia. Oleh itu, kami sangat yakin bahawa produk anti-bakteria daripada Aurora Health Co adalah selamat digunakan dalam kehidupan seharian!

Secara keseluruhan, adalah lebih baik kita melindungi diri dan orang tersayang dengan mengamalkan amalan kebersihan yang betul serta sentiasa mengambil langkah berjaga jaga untuk memastikan kehidupan yang lebih baik!

Rujukan:

Chicago Tribune. 2006.

“The Benefits of Antibacterial Soaps.” 2006.

Clement, J L, and P S Jarrett. 1994.

“Antibacterial Silver.” Metal-Based Drugs 1 (5–6): 467–82.

UnityPoint Health. 2020.

“Antibacterial Soap vs. Regular Soap | Which One Is Better?” 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *