July 10, 20210

Bagaimanakah Susu Kambing Menghalang Keradangan?

Pengambilan susu dan produk tenusu amat digalakkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang sihat. Diet seimbang penting untuk sistem imun yang kuat terutamanya pada musim pandemik ini. Menurut Piramid Makanan Malaysia 2020, orang ramai disyorkan untuk mengambil susu dan produk tenusu 1 hingga 2 sajian sehari sebagai sumber protein. Pada umumnya, kebanyakkan orang bergantung kepada susu lembu berbanding susu kambing untuk keperluan produk tenusu. Walau bagaimanapun, susu lembu biasanya menyebabkan alergi yang mempengaruhi antara 0.5 dan 1.5 juta kanak-kanak setiap tahun. Susu kambing boleh diminum sebagai pengganti susu lembu kerana kurang alergi dan mudah dicerna.

Susu kambing mengandungi kadar kalsium, magnesium dan fosforus yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan susu manusia. Kajian sebelumnya menunjukkan bahawa ia memiliki sifat antioksidan dan anti-radang, menjadikannya berguna untuk merawat masalah pencernaan dan mencegah alergi pada anak-anak. Di samping itu, susu kambing menghalang keradangan dalaman. Sebagai contoh, ia mengurangkan risiko masalah kulit. Beberapa kajian menunjukkan bahawa susu kambing membantu keradangan dalaman melalui peptida bioaktif dari protein.

Enzim angiotensin-converting (ACE) adalah salah satu enzim pelbagai fungsi yang mengatur tekanan darah. Halangan terhadap ACE dianggap sebagai salah satu strategi terbaik untuk rawatan hipertensi (tekanan darah tinggi). Protein yang terdapat dalam susu kambing terdiri daripada 80% caseins dan 20% whey protein. Ibrahim et al (2017) mencadangkan dimana peptida bioaktif susu kambing dan whey protein mempunyai kesan anti-hipertensi melalui halangan ACE, namun mengambilkira kesemua mekanisma yang terlibat dalam pathophysiologi hipertensi dengan kewujudan peptida perbagai fungsi.

Selain itu, susu kambing membantu mengurangkan keradangan dalaman kerana ianya mengandungi peptida antimikroba. Kajian oleh Budiarti et al (2013) menunjukkan bahawa kandungan Alpha-S2 casein dalam susu kambing mengandungi lapan peptida bioaktif yang mempunyai sifat anti-osteoporotik atau anti-radang, yang tidak dijumpai dalam susu lembu. Lactoferrin adalah salah satu peptida antimikroba yang terdapat dalam susu kambing yang memain peranan penting dalam tindak balas imun. Lactoferrin membantu meningkatkan aktiviti sel darah putih seperti sel NK, neutrophils dan macrophages. Tambahan juga, lactoferrin dalam susu kambing dapat membantu memberi perlindungan terhadap kanser dengan membunuh sel kanser.

Peptida antioksidan dalam susu kambing berpotensi mencegah dan melambatkan tekanan oksidatif yang berkaitan dengan penyakit kronik. Dengan kata lain, protein susu kambing berpotensi sebagai pembawa untuk mengangkut  peptida antioksidan di saluran gastrointestinal di mana mereka boleh memberikan perlindungan secara langsung dengan “scavenging” reactive oxygen species dan mengurangkan tekanan oksidatif yang berbahaya kepada tubuh badan.

Apabila patogen menyerang tubuh manusia, sel B akan menghasilkan antibodi untuk memusnahkan antigen tertentu. Casein phosphopeptides yang terdapat dalam susu kambing dikatakan dapat meningkatkan tahap IgA iaitu antibodi yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun membran mukus. Di samping itu, susu kambing dapat mencetuskan pengeluaran IL-10, TNF-α, dan IL-6, di mana semua ini adalah protein penting yang terlibat dalam sistem imun.

Kesimpulannya, susu kambing membantu keradangan dalaman dengan adanya beberapa jenis peptida bioaktif termasuk peptida anti-mikroba, peptida antioksidan dan peptida bioaktif dengan kesan anti-hipertensi. Protein dalam susu kambing juga membantu dalam sistem imun dengan meningkatkan antibodi yang diperlukan oleh badan.

References

Lima, M. J. R., Lemos, E. T., Oliveira, J., Lemos, L. P. T., Monteiro, A. M. C., & Costa, J. M. (2018). Nutritional and Health Profile of Goat Products: Focus on Health Benefits of Goat Milk http://dx.doi.org/10.5772/intechopen.70321 1

Kao, H. F., Wang, Y. C., Tseng, H. Y., Wu, L. S., Tsai, H. J., Hsieh, M. H., Chen, P. C., Kuo, W. S., Liu, L. F., Liu, Z. G., & Wang, J. Y. (2020). Goat Milk Consumption Enhances Innate and Adaptive Immunities and Alleviates Allergen-Induced Airway Inflammation in Offspring Mice. Frontiers in immunology11, 184. https://doi.org/10.3389/fimmu.2020.00184

Kumar, A., & Sharma, A. (2016). Nutritional and Medicine Superiority of Goat Milk over Cow Milk In Infants. International Journal of Pediatric Nursing. 2(1). http://dx.doi.org/10.21088/ijpen.2454.9126.2116.6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *