Susu Kambing Besar Manfaatnya!
Susu Kambing semakin popular sejak kebelakangan ini. Makin ramai gemar minum susu kambing kerana ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kaya dengan nutrien. Malah orang yang tidak bertoleransi laktosa boleh mengambil susu kambing dengan mudah dan mencernanya tanpa masalah.
Antara kebaikan pengambilan susu kambing secara berkala adalah ianya dapat meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan tulang, menghalang keradangan, meningkatkan kesihatan kulit dan menghalang anemia.
Nilai Pemakanan Susu Kambing
Susu kambing didapati mempunyai nutrien yang amat penting bagi orang ramai seperti kandungan protein, laktosa, vitamin, enzim, lemak dan garam mineral.
Secara keseluruhan, khasiat dan komponen kandungan susu kambing lebih baik daripada susu lembu. Contohnya, susu kambing mengandungi 25% lebih banyak vitamin B6, 47% lebih banyak vitamin A dan 13% lebih banyak kalsium dibandingkan dengan susu lembu.
Manakala, susu kambing mengandungi 12.2% jumlah pepejal (solids), yang terdiri daripada 3.8% lemak, 3.5% protein, 4.1% laktosa, dan lain-lain di mana ianya dapat menunjukkan susu kambing mempunyai lebih banyak lemak, protein dan kurang laktosa daripada susu lembu.
Susu kambing mengandungi kira-kira 1.2g kalsium dan 1g fosfat setiap liter, oleh itu, susu kambing mempunyai kelebihan kalsium dan potassium untuk memberi tenaga kepada manusia. Kelebihan ini juga membantu menguatkan tulang.
Susu kambing mempunyai “medium-chain fatty acids (MCT)” yang lebih tinggi berbanding susu lembu. MCT berfungsi memberi sumber tenaga yang cepat kepada badan manusia. MCT juga dapat mengurangkan simpanan lemak badan dan membantu kesihatan jantung.
Susu kambing juga dapat meneutralkan asid dan toksik dalam badan, ianya dapat mengalkali sistem pencernaan dan membantu meningkatkan tahap pH dalam aliran darah, sehingga dapat mencegah ulser gastrik.
Kandungan laktosa yang rendah (7% kurang dari susu lembu) dalam susu kambing, menjadikannya pilihan yang baik bagi individu yang menghidapi masalah penghadaman.
Susu kambing lebih mudah dihadam kerana molekul lemak lebih kecil dari susu lembu, badan kita dapat mencerna susu kambing hanya dalam 20 minit sementara susu lembu memakan masa 2-3 jam.
Memandangkan begitu banyak khasiat susu kambing kepada orang ramai, marilah sama-sama tingkatkan kesihatan badan kita dan pilih susu kambing untuk meningkatkan imunisasi bersama.
References
Getaneh, G., Mebrat, A., Wubie, A., & Kendie, H. (2016). Review on goat milk composition and its nutritive value. J. Nutr. Health Sci, 3(4), 401-410.
https://www.lybrate.com/topic/goat-milk-benefits
Park, Y. W. (2017). Goat milk–chemistry and nutrition. Handbook of milk of non‐bovine mammals, 42-83.
Schönfeld, P., & Wojtczak, L. (2016). Short-and medium-chain fatty acids in energy metabolism: the cellular perspective. Journal of lipid research, 57(6), 943-954.
Man photo created by freepik – www.freepik.com