April 21, 20210

Susu Kambing atau Susu Lembu, Manakah Yang Terbaik?

Orang ramai menjadi lebih peka dengan apa yang mereka makan pada setiap hari. Mereka lebih cenderung untuk mencari alternatif yang mempunyai nilai tambah yang lebih sesuai dengan keperluan tubuh mereka sendiri. Pada era globalisasi ini, makin ramai individu membandingkan kelebihan pengambilan susu kambing dan susu lembu. Oleh itu mari kita bincangkan topik ini pada kali ini!

Source: MultiBriefs

Susu kambing terbukti mempunyai nutrisi yang hampir sama dengan susu lembu jika dibandingkan dengan alternatif lain yang ada di pasaran. Namun, ia mempunyai sifat-sifat tertentu yang menjadikannya berbeza antara satu sama lain yang menyebabkan susu kambing memberi kesan yang lebih baik kepada sistem pencernaan dan kesihatan manusia.

Sebilangan besar individu yang mempunyai masalah dengan pengambilan susu lembu boleh memilih susu kambing sebagai penggantinya. Terdapat bahan rujukan yang menyatakan bahawa individu yang mengalami gejala seperti ekzema, asma, kembung, sembelit, dan ketidakselesaan pencernaan selepas minum susu lembu dapat menyesuaikan diri dengan baik apabila menukar pengambilan susu kepada susu kambing. Hal ini dapat dilihat, sama ada daripada segi gejala berkurangan atau hilang serta-merta. Individu yang mempunyai intoleransi laktosa ringan disarankan untuk menukar pengambilan susu kepada susu kambing. Hal ini demikian kerana, fakta ada menyatakan bahawa susu kambing kurang mengandungi laktosa jika dibandingkan dengan susu lembu. Individu yang mempunyai intoleransi laktosa cenderung mempunyai jumlah enzim laktase yang lebih sedikit. Enzim ini membantu memecah laktosa kepada gula yang lebih mudah iaitu glukosa dan galaktosa. Gula yang bersaiz lebih kecil ini mudah diserap ke dalam saluran darah bagi memberi tenaga kepada tubuh badan.

Sumber: sites.google.com

Oleh kerana susu lembu mengandungi lebih banyak laktosa, individu yang mempunyai intoleransi laktosa akan mempunyai masalah pada sistem pencernaannya. Gejala seperti berasa sakit, cirit-birit, perut berkeroncong, dan muntah-muntah mungkin berlaku kerana laktosa tidak dapat dipecah menjadi zarah-zarah yang lebih kecil. Hal ini demikian kerana, jumlah enzim yang terdapat di dalam perut tidak mencukupi untuk membantu pencernaan laktosa kepada bentuk gula yang lebih mudah. Untuk mengatasi masalah ini, pengambilan susu kambing adalah salah satu alternatif untuk membolehkan individu yang mempunyai intoleransi laktosa untuk tidak risau daripada memperoleh sebarang kesan sampingan selepas pengambilan susu.

Selain itu, walaupun semua susu terdiri daripada air, laktosa, lemak, protein, dan mikronutrien, ada beberapa sifat unik yang dapat kita perolehi daripada susu kambing jika dibandingkan dengan susu lembu. Selain daripada mempunyai masalah pada sistem pencernaan, komposisi yang terdapat pada susu kambing mampu mengelakkan daripada masalah-masalah lain seperti masalah penafasan dan masalah kulit yang dialami oleh orang ramai.

Antara sebab-sebab lain yang boleh dipertimbangkan adalah kerana susu kambing mengandungi banyak kalsium. 3 hidangan susu kambing yang bersamaan dengan 200 mL hidangan adalah mencukupi untuk memberi lebih daripada 100% keperluan kalsium harian kepada orang dewasa. Kalsium sangat penting untuk pengembangan dan pemeliharaan tulang dan gigi, membantu menyokong fungsi otot serta membantu pembekuan darah sekiranya terdapat luka pada kulit. Orang ramai sedia maklum bahawa kalsium membantu memberi tenaga kepada tubuh manusia, oleh itu, semua faedah yang boleh diperoleh daripada susu sangat diperlukan sejak muda.

Source: Lybrate

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mencari alternatif yang lebih baik untuk pemakanan seharian. Susu kambing akan menjadi pilihan yang lebih baik kerana ia memberi lebih banyak faedah kepada tubuh badan kita jika dibandingkan dengan susu lembu. Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga tubuh badan sejak muda untuk kehidupan yang lebih baik. Kita mestilah membuat keputusan dengan bijak dalam merancang pemakanan harian kita!

Header photo credit: Man photo created by freepik – www.freepik.com

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *