November 23, 20202

[BM] Koronavirus

Akhir-akhir ini, negara kita telah diserang oleh wabak Koronavirus-19 atau lebih dikenali sebagai KOVID-19. Sehingga kini, KOVID-19 telah menjangkiti lebih daripada 50 juta penduduk di seluruh dunia. Virus ini melanda seluruh dunia secara drastik mulai awal tahun ini. Setiap individu cuba menyesuaikan diri dengan norma baharu di mana memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial adalah wajib dalam kehidupan seharian.

Orang ramai lebih peka terhadap kesihatan dan keselamatan diri sejak wabak ini melanda keseluruh dunia. Oleh itu, mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai gejala dan cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti KOVID-19.

Gejala yang paling biasa dialami oleh orang ramai adalah demam, batuk kering, dan badan berasa lesu tetapi ada di antaranya, terutama orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik akan mengalami gejala yang lebih serius. Individu ini dikelompokkan dalam golongan yang berisiko tinggi kerana mereka berkemungkinan mengalami simptom yang teruk seperti sesak nafas, sakit dada dan mengalami kesukaran untuk bergerak serta bercakap. Orang ramai disarankan untuk mendapat rawatan perubatan dengan segera sekiranya mereka atau individu yang dikenali mengalami gejala seperti ini. Sebilangan besar individu yang dijangkiti virus KOVID-19 akan mengalami masalah pernafasan tetapi berkemungkinan besar untuk pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan khas.

Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, kita perlu mengetahui tentang maklumat, penyebab dan cara penyebaran virus ini agar kita lebih berhati-hati dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Berikut adalah beberapa cara pencegahan untuk membantu mengurangkan risiko dijangkiti virus KOVID-19:

KOVID-19 mempengaruhi orang yang berbeza dengan cara yang berbeza. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan orang yang terdekat. Kita mestilah mengambil tahu tentang keadaan sekeliling dan elakkan diri daripada menghadiri tempat yang sesak.

2 Comments

  1. September 17, 2021

    Great post

  2. September 23, 2021

    Great post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *