October 16, 20200

[BM] Apakah itu Anti-mikrob?

Perkataan anti-mikrob berasal daripada Bahasa Greek; anti (menentang), mikros (kecil), dan bios (kehidupan) dan ia merujuk kepada semua komponen yang bertindak terhadap mikroorganisma. Teknologi anti-mikrob membantu dalam meminimakan kehadiran mikrob seperti bakteria, virus, kulat dan protozoa yang boleh diklasifikasikan kepada 4 sub-kumpulan iaitu:

  1. Anti-bakteria
  2. Anti-virus
  3. Anti-kulat
  4. Anti-protozoal

Produk yang mengandungi bahan anti-mikrob menawarkan perlindungan yang lebih baik dengan cara berterusan menghalang pertumbuhan mikroorganisma pada semua jenis permukaan untuk jangka masa yang lama. Perak adalah salah satu elemen kimia yang mempunyai kelebihan sebagai anti-mikrob. Sejak sekian lama, sifat anti-mikrob perak telah digunapakai secara meluas dalam mengawal jangkitan dan keberkesanannya telah dibuktikan dengan kajian saintifik.

Perak mempunyai keupayaan untuk menembusi lapisan dinding sel mikroorganisma apabila ia terdedah kepada perak. Proses ini menyebabkan perubahan pada struktur membrane sel-sel tersebut, interaksi dengan kumpul thiol, protein dan DNA, mengganggu proses replikasi DNA, dan menghambat fungsi sel yang kemudiannya mengakibatkan kematian sel-sel. Mekanisma tindakan ini menjelaskan bagaimana perak berpotensi untuk bertindak sebagai agen anti-mikrob.

Akhirulkalam, penggunaan perak dalam produk tidak memberi apa-apa kesan negatif terhadap manusia dan penggunaannya pasti bermanfaat terutama pada era pandemik ini. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri, dan ahli keluarga!

Rujukan:

Iris Xiaoxue Yin, Jing Zhang, Irene Shuping Zhao, May Lei Mei, Quanli Li, and Chun Hung Chu. 2020.

“The Antibacterial Mechanism of Silver Nanoparticles and Its Application in Dentistry.” International Journal of Nanomedicine 15: 2555.

Michigan State University. 2011.

“Major Action Modes of Antimicrobial Drugs.” Pharmacology Module, 6. h

Sukumaran Prabhu, and Eldho K Poulose. 2012.

“Silver Nanoparticles: Mechanism of Antimicrobial.” International Nano Letters 2: 1.

Wilson Sim, Ross T. Barnard, M. A.T. Blaskovich, and Zyta M. Ziora. 2018.

“Antimicrobial Silver in Medicinal and Consumer Applications: A Patent Review of the Past Decade (2007–2017).” Antibiotics 7 (4): 1.

Yun’an Qing, Lin Cheng, Ruiyan Li, Guancong Liu, Yanbo Zhang, Xiongfeng Tang, Jincheng Wang, He Liu, and Yanguo Qin. 2018.

“Potential Antibacterial Mechanism of Silver Nanoparticles and the Optimization of Orthopedic Implants by Advanced Modification Technologies.” International Journal of Nanomedicine 13: 3311.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *